Lahir tanggal 4 Julai atas nama Ahmad Soffi Bin Abdul Manah.
Graduansi Ijazah Pengkhususan Seni Arca, Fakulti Seni Halus UiTM Shah Alam.
Penulis dan pengkarya eksperimentalist mandiri.
Pemenang Utama Hadiah Sastera Selangorkini 2015 kategori puisi dan pemenang Anugerah Bakat Muda Sezaman 2023 dalam kategori undian di lokasi anjuran Balai Seni Negara.
Antara buku pernah diterbitkan seperti Sayap V, Kepak-kepak Malam Dari Sorga, Dia IDA serta lain-lain tulisan seperti di Malaysiakini serta media altenatif yang lain.
Kelahiran Borneo, berdarah campuran Bugis dan Sulu. Kini isteri dan seorang Ibu kepada tiga anak.
Granduansi UNISEL dalam Ijazah Pengkhususan Sumber Manusia.
Pernah menjabat jawatan sebagai Human Resource Executive 2013 dan setelah itu beralih bidang tenaga kerja sebagai Pensyarah Muda untuk Jurusan Pengurusan Perniagaan dan Sumber Manusia sekitar tahun 2015.
Karya yang pernah diterbitkan antologi bersama, Pelacur Kata, 2013. Bait Bibir Sorga 2014. Rumput Kuning, 2014. Senorita Vol 4, 2014. Dia IDA, 2014. Sepasang Mata & Halilintar, 2017. Pada tahun 2020 terbit Antologi Puisi bersama 25 penulis wanita muda, yang berjudul Untuk Perempuan Yang Bernama.
Karyanya juga pernah terbit di halaman bercetak akhbar, SelangorKini 2015. Pernah berkontribusi menulis Puisi dalam laman berita Nusantara News Indonesia, 2018.