Kata Pak Chat, ‘kisah’ ini berlaku lama dahulu. Ia sebuah kisah yang sudah dilupakan hatta oleh orang negeri Indera Kayangan sekalipun. Kisah itu kononnya berlaku entah 100, entah 1,000 tahun yang lampau.

Kata Pak Chat lagi, kisahnya bermula begini:  Arakian tersebutlah kisah di suatu petang. Maka diceritakan oleh orang bahawa seorang raja terasa ingin bersenam. Lalu, setelah siap berbusana sukan, raja pun mula berjoging. Untuk perspektif yang lebih jelas, raja itu memulakan senamannya di Arau.

Setelah berlari-lari anak beberapa ketika, sang raja itu pun berasa dahaga. Tidak semena-mena, matanya terpandang sebuah warung yang menjual air tebu. Lalu dimintanya segelas untuk menghilangkan dahaga yang tiba-tiba melanda.

Setelah habis diminum dan mengucapkan terima kasih, sang raja pun ingin segera menyambung sesi senamannya. Namun, dia dihentikan oleh peniaga air tebu berkenaan yang segera menghulurkan tangan meminta bayaran.

Ditulis oleh: Abdullahjones
Sumber: Kolum | Malaysiakini

Kategori:

Arkib Kata,Ulasan & Artikel

Datang bawa damai;
Pulang bawa cinta.

Ruang oleh Balbuk haus