Ruang oleh Balbuk Haus

Ruang

Ruang adalah sebuah installasi epigraf dalam pengarkiban dokumentasi, bahan rujukan proses pengkaryaan serta ruang kajian gastronomi dan kulinar artis yang diwujudkan bermula sekitar tahun 2024 menggunakan pelbagai bahan campuran dan barang terpakai.

Ia adalah kesinambungan installasi awam BalBuk Haus dalam pameran Akta APT 1963 Bakat Muda Sezaman pada tahun 2023 anjuran Balai Seni Negara.

Dari satu sisi, Ruang juga merupakan kajian fizikal dalam lapangan akademik bagi pentadbiran perniagaan dan didaftkan atas nama BalBukNCo Resourses dengan no pendaftaran perniagaan NO. 202003341740 (RA0065467-D)

BalBukNCo Resources

BalbukNCo Resources adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Syarikat Suruhanjaya Malaysia, beralamat di Lorong Long Chin Kampung Balik Bukit Chuping. la mula diwujudkan sekitar tahun 2020 semasa tempoh pendemik lalu. BalBukNCo adalah merujuk kepada Balik Bukit Nature
and Comunity.

Kami menerapkan tiga elemen penting dalam membina perniagaan ini;

•⁠ ⁠Ekosistem alam
•⁠ ⁠Ekosistem sosial
•⁠ ⁠Ekosistem ekonomi.

Melalui tiga elemen ini, BalBukNCo terbahagi kepada lima teras urus tadbir penting dalam
mengimbangi ekosistem perniagaan;

•⁠ ⁠BalBuk Haus
•⁠ ⁠Dapoq BalBuk
•⁠ ⁠Kebun BalBuk
•⁠ ⁠Pondok BalBuk
•⁠ ⁠Kampung BalBuk

Balbuk Haus adalah label untuk produk dan perkhidmatan yang mengfokuskan ruang mandiri bagi acara seni terbuka dan kafe kecil di tengah
bendang yang berkonsepkan alamraya, seni dan gastronomi (kulinari). Telah dipetakan sebagai lokasi ekosistem seni bagi negeri Perlis dalam Jelajah Seni Malaysia pada bulan Mac 2022 lalu oleh Balai Seni Visual Negara di bawah Kementerian Seni dan
Pelancongan Malaysia.

Manakala Dapoq BalBuk pula ialah sebuah label dalam memproduksi hasil makanan seperti contoh Nasi Lalap Tawau, Sambal Tomat dan Ropang Ayam Suwir serta Daging Salai.

Kebun BalBuk pula sebuah ruang edukasi tanaman untuk pengunjung dan projek perintis tanaman padi lestari dalam memproduksi produk Agropelancongan BalBuk Haus berasaskan pertanian lokal serta menjadi tempat sumber asas dalam konsep kebun dapur bagi penghasilan beberapa produk daripada Dapoq BalBuk misalnya untuk dua menu autentik kami iaitu Teh Clitoria yang menggunakan bunga telang dan Ropang Ayam Suwir yang menggunakan ulam raja. Kedua-dua sumber asas ini ditanam sendiri.

Ruang BalBuk pula adalah sebuah ruang dalam perkongsian edukasi melalui penganjuran acara berbentuk wacana, diskusi dan kempen-kempen kesedaran terutama seni, sastera, alam sekitar dan bengkel pertanian.

Kampung BalBuk produk yang sedang dieksploitasikan secara sihat untuk kesinambungan yang menyeluruh bagi menarik lebih ramai pelancong luar menikmati keindahan sawah bendang, suasana ketenangan dan panorama bukit batu kapur yang mempunyai pelbagai tinggalan sejarah dan khazanah yang penuh kontradiksi serta seni bina rumah tradisional.

2019

PENUBUHAN RUANG

BalBuk Haus diasaskan secara mandiri di Kampung Balik Bukit, Perlis.

2020–2021

PEMBINAAN AWAL

Jalan masuk, tandas, ruang makan & pustaka dibina dari bahan kitar semula.

2022

LOKASI SENI PERLIS

Disenarai dalam Jelajah Seni Malaysia oleh Balai Seni Visual Negara.

2023

DAPOQ BALBUK DILANCAR

Produksi Nasi Lalap, Sambal Tomat, Ropang Ayam Suwir & Teh Clitoria.

2024

TANGGUH OPERASI

Memberi laluan pembinaan jalan raya rentas kampung.

2025

NAIK TARAF INFRASTRUKTUR

nstallasi ruang dimulakan semula di lokasi yang baharu.

Dalam proses naik taraf kawasan dan hospitaliti serta pensijilan.

Datang bawa damai;
Pulang bawa cinta.

Ruang oleh Balbuk haus